|
PRAKATA
Sejak tahun 2006, LPP/MADA/KADA dan Jabatan Pertanian Sarawak telah membiayai 5 Fasa kontrak kepada Peladang HeiTech Sdn Bhd (PHT) untuk ‘Membangunkan, Membekal, Memasang, Mengkonfigurasi 811 LESEN Sistem Sistem utama (SPPP– 274, SPAP-203, SBPKP-127, SIPPNJ-4, SPPr-203 lesen) untuk 274 buah Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) di seluruh negara.
Empat (4) sistem sistem utama yang berasaskan Windows ini boleh mengintegrasikan pelbagai fungsi kerja pengurusan diPertubuhan Peladang Kawasan dan dinegeri. Sistem yang di maksudkan ini ialah Sistem Primari Pertubuhan Peladang(SPPP) yang menggabungkan kerja Pentadbiran Keahlian, Simpanan dan Kredit, Pengurusan Projek, Pinjaman dengan Fungsi Perakaunan. Sistem Profil Ahli Peladang (SPAP) yang menggabungkan pelbagai maklumat ahli dan saham yang di laburkan, Sistem Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang menggabungkan pelbagai kerja pendaftaran, pengesahan maklumat, kelulusan penerima, pengedaran baja dan tuntutan komisyen pengedaran. Sistem Integrasi Jentera Ladang PPN (SIJPPN) yang menggabungkan pelbagai kerja daripada permohonan pekhidmatan pembajakan,penuaian dan pengangkutan, rekod kerja yang telah di laksanakan, tuntutan bayaran, pembaikan dan stok alatganti di empat PPN cawangan Jentera.
Tempoh perkhidmatan penyenggaraan percuma (IMP) sistem sistem yang dibekalkan PHT telah ditetapkan selama 12 bulan dan kebanyakannya telah berakhir pada tahun 2007, 2008 dan bagi fasa ke 5 terakhir akan berakhir pada Julai 2009. Selepas dari itu pelanggan atau pengguna di beri opsyen samada untuk terus mendapatkan perkhidmatan penyenggaraan tahunan (AMS) dengan fee bayaran tahunan sebanyakan 20 % daripada harga Lesen Asal. Dengan melanggani AMS, Pengguna pengguna akan terus mendapat hak untuk Update Sistem SPPP, Upgrade Enjin MS SQL Database Management System dan perkhidmatan bantuan pengguna secara online dan onsite ( bagi SPPP saja).
Di kalangan Pertubuhan Peladang Negeri yang telah melanggan SPPP dengan pembiayaan sendiri ialah Pertubuhan Peladang Negeri Selangor. PPN Selangor telah berjaya mengguna SPPP dengan menutop samasekali Sistem Perakaunan lamanya yang berasaskan DOS.
Kesemua Sistem-sistem yang di pasang ini melibatkan kerjasama 2,615 orang pengguna yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus bahagian hingga ke kerani kaunter. Pecahan bilangan pengguna sistem-sistem PHT diseluruh negara adalah spt berikut :-
SPPP-1330 orang, SPAP-1015 orang, SBPKP-254 orang , SIPPNJ-16 orang)
Memandangkan bilangan pengguna yang ramai di seluruh negara, adalah penting semua bentuk penyampaian perkhidmatan penyenggaraan sistem di rekodkan. Bagi perkhidmatan PHT di PPK, onsite rekod perkhidmatan adalah melalui penggunaan Borang Keterangan Aktiviti Onsite.
Manakala bagi menyampaikan perkhidmatan secara online PHT menggunakan gabungan teknologi ICT Skype untuk komunikasi interaktif dengan pengguna sistem secara lisan, mesejing dan paparan. Teknoloji ICT Log Mein-Hamachi untuk melaksanakan kerja kerja penyenggaraan Server PPK secara online. Semua perkhidmatan ini di rekodkan secara otomatik oleh sistem dan akan di cetakkan untuk di edarkan setiap bulan.
Rekod-Rekod Perkhidmatan Penyenggaraan Sistem secara online Peladang Heitech ini adalah bukti bahawa kerja perkhidmatan kepenggunaan telah di sampaikan dan bukti keizinan bertulis untuk masuk ke server PPK secara online telah di perolehi setiap kali akses jarak jauh di buat oleh staf-staf PHT yang mahir dan berkebolehan. Mereka telah di uji terlebih dahulu oleh CTO sebelum diberikan surat penurunan kuasa oleh CEO.
Di dalam mempercepatkan penyampaian maklumat dan perkhidmatan ICT,semua pengguna sistem hendaklah sentiasa menggunakan Skype, emel serta sentiasa melawati laman web PHT untuk mendapatkan berita dan tawaran terkini serta memberi maklumbalas kepada kami. Silalah layari laman web kami : www.pheitech.com.my.
Sekiranya anda sibuk, anda boleh menggunakan teknologi RSS untuk mendapatkan hanya Update terkini daripada laman web kami tanpa perlu melayari laman Web kami.
Waktu Perkhidmatan Konsultasi Online : ISNIN ke JUMAAT - 8 pagi - 5 petang.(mejapht dan mejapht1)
AHAD-8 pagi-5 petang( ALMI BINTI ALIP 019-4158981)
Untuk pertanyaan selanjutnya sila hubungi:
TN HJ AHMAD PUZI BIN ABU BAKAR (CEO)
TEL : 013-3654038
SKYPE NAME : puzilpp
EN. FAIRADZUAN BIN AHMAD (CTO)
TEL : 013-3891126
SKYPE NAME: fairadzuan
FIRIEZZA BINTI UMANAN (Pen Pgrs Unit Bisnes)
TEL : 012-7394571
SKYPE NAME: fitriezza
Rekod Khidmat Penyenggaraan Tahunan Sistem-Sistem PHT
Record AMS (Anual Maintenance Service) Systems Peladang Heitech
Rekod AMS
Tarikh Akhir Kemaskini : 19 Aug 2010 |