|
 |
PROFIL SYARIKAT
Peladang HeiTech Sdn. Bhd (PHT), yang dulunya dikenali sebagai PPB-IT Sdn, Bhd, telah diperbadankan pada 13 Disember 1995. Mengambil sempena projek usahasama yang akan dijalankan bersama-sama HeiTech Padu Berhad dan Permodalan Peladang Berhad ini, maka syarikat telahpun menukarkan namanya kepada Peladang HeiTech Sdn. Bhd. pada 23 Julai 2002
PHT adalah sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh PPB yang memberi perkhidmatan “IT Solution for E-agriculture” khas kepada institusi peladang. Pengalaman lalu, pengetahuan yang mendalam dan perhubungan rapat dengan institusi dan masyarakat peladang ini adalah asas yang terbaik untuk PHT melibatkan sepenuh masa dan tenaga di dalam bidang teknologi maklumat.
Sebagai projek permulaan, syarikat telah mencapai persefahaman dengan LPP untuk membangunkan Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP) yang diperlukan di setiap Pertubuhan Peladang.
Sistem-sistem tersebut adalah:-
- SISTEM MAKLUMAT AHLI
- SISTEM PENGURUSAN AKAUN
- SISTEM SIMPANAN DAN KREDIT
- SISTEM PENGURUSAN PROJEK / NIAGATANI
- SISTEM PINJAMAN
Bermula dari Februari 2001, Peladang HeiTech telahpun memulakan kerja-kerja menyiapkan 5 sistem aplikasi tersebut. Syarikat telah memilih PPK Kuala Selangor (Fasa 1) dan Pokok Sena, Pulau Pinang (Fasa 2) sebagai PPK perintis di dalam penggunaan sistem komputer berintegrasi seluruh Malaysia. Dari Jun 2001 hingga Disember 2003 pasukan teknikal PHT telah menjalankan beberapa siri ujian selari dengan menggunakan data urusniaga sebenar bagi memantap dan menstabilkan sistem-sistem tersebut. Sepertimana dijadualkan, semua 5 aplikasi ini akan dapat disempurnakan untuk dipasarkan ke seluruh Pertubuhan Peladang.
Dengan adanya sistem Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP) ini maka pengurusan PP akan dapat menguruskan PP dengan lebih efisyen dan sistematik dan mencapai tahap perkhidmatan yang setanding dengan institusi kewangan atau bank. Selain daripada itu, sistem ini juga akan membantu pengurusan PP membuat keputusan perniagaan yang lebih tepat kerana urusniaga-urusniaga yang direkodkan adalah dikemaskini mengikut keperluan pengurusan.
Selain dari Sistem Primari Pertubuhan Peladang, kami juga telah membangunkan Sistem Baja Padi Kerajaan Persekutuan yang merupakan sistem yang digunapakai untuk pengurusan pengedaran Baja Padi Kerajaan Persekutuan.
Sistem lain yang sedang dibangunkan ialah Sistem Profail Ahli, Sistem Pelaporan Projek, Sistem Timbang Kelapa Sawit, Sistem Barcode, Sistem maklumat berkomputer Institut Pengurusan Peladang dan juga Sistem Kejenteraan Pertubuhan Peladang.
Di peringkat swasta pula, Peladang Heitech Sdn. Bhd. sedang membangunkan sistem pendaftaran kontraktor dan juga sistem pemantauan Rumah Mesra Rakyat dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Syarikat juga tidak mahu ketinggalan di dalam bidang pembekalan perkakasan ICT kerana kami merasakan bahawa sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan sistem perisian yang digunapakai oleh PP, kami juga mempunyai kelebihan di dalam memberikan perkhidmatan membekalkan perkakasan komputer bertepatan dengan keperluan sistem perisian berkenaan. Kepelbagaian produk-produk ICT masakini seperti desktop, notebook, printer dan lain-lain lagi akan menjadi sasaran produk kepada syarikat di masa hadapan.
WAWASAN
OPERASI PHT
Pembekalan perkhidmatan penyepaduan sistem, pembangunan perisian, perkhidmatan IT dan pelaksanaan produk perisian beserta latihan dan sokongan perkhidmatan secara komprehensif dan teratur kepada semua pelanggan amnya dan Pertubuhan Peladang khasnya.
PENSIJILAN
SAM
Tarikh Akhir Kemaskini : 19 Aug 2010 |
|
|