Peladang HeiTech Sdn Bhd
Kami Menyampaikan | We Deliver

   
         
Copyright by
Peladang HeiTech (370485U)
         
Masa Itu Emas
 
HomeLaman UtamaPerkhidmatan
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh PHT
   
   
   
   
 
Apa Kata Mereka
Sekilas Pandang
Turun Padang
Sembang PHT
Album Foto
Ingin Tahu?
 
   
 
Username
Password
Daftar sekarang
 
   
 
Pautan
Kementerian Pertanian
LPP
MADA
KADA
Jabatan Pertanian Sarawak
Koperasi Niaga Berhad
Peladang.my
JOM ke HANOI
PPK Kuching
Koperasi Belia Islam
Takaful Ikhlas
Kalendar
 

Perkhidmatan Coaching. Tunjukajar  LatihTubi Penggunaan Sistem ( Di Pejabat PHT 516 Kelana Center Point Blok A) 

Untuk mahir dalam sesuatu perkara latihtubi berulang adalah caranya. Perkhidmatan Coaching ini ditawarkan kepada pengguna Sistem Sistem PHT yang ingin mengulang latih. Setiap kelas terhad kepada 6-8 orang sahaja. Setiap peserta akan menginap mulai petang sehari sebelum coaching di  Bilek Tamu lelaki di 504 Blok D dan 3A01 Blok C bagi wanita di Kondo Tiara Kelana yang terletak sepelaungan dengan ibu pejabat PHT. Kemudahan riadah yang di sediakan untuk kegunaan peserta ialah Kolam Renang, Gelanggang Squash dan Jim. ( Jangan Lupa bawa seluar mandi dan kasut sukan ) Reket dan bola di sediakan oleh PHT. Pada Selepas sarapan pagi  bersama wakil PHT paserta akan di bawa ke Kelas Coaching di 516 Blok A , Kelana Center Point. Sebelum pulang pada petang hari peserta akan di beri Kuiz dan kepada yang mendapat markah 85% keatas akan di beri Sijil Kecekapan Pengguna Sistem. Dengan sijil ini anda di perakui oleh PHT layak menjadi mentor kepada pengguna lain. bagi yang mendapat kurang daripada 85 % akan di beri sijil kehadiran. Dengan sijil ini anda layak mendapat diskaun 20 % untuk mengikuti Coaching dalam Modul yang sama di masa depan.   

Untuk maklumat lanjut, sila klik sistem dibawah untuk  lihat brosur penerangan lengkap :

1 - Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP)
2 - Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)

 

Membina dan Membuat Laman Web

Matlamat kami adalah untuk mereka atau membina dan membangunkan laman web untuk syarikat anda. Ia dapat meningkatkan imej positif syarikat anda. Kami juga menawarkan servis pembaik pulih laman web. Dengan wujudnya laman web di sesebuah syarikat ia dapat menterjemahkan idea kepada medium yang lebih mudah untuk difahami dan boleh meningkatkan pengguna global diseluruh dunia mengenali syarikat anda.

Kami membina apa jua jenis laman web termasuk laman web statik dan juga dinamik mengikut kehendak dari 1 laman hingga 1,000 laman atau lebih. Apa yang lebih penting adalah laman web dibina mengikut kesesuaian dan budjet.

Kami menyediakan laman web dengan harga yang berpatutan. Kami boleh memberi hikmat nasihat kepada anda untuk membina laman web yang bersesuaian dengan anda. "Team Programmer" kami adalah pakar dalam PERL, CGI, PHP4, PHP5, ASP, ASP.net dan juga HTML, dan kami menawarkan komponen- komponen lain di dalam laman web seperti grafik, grafik "background", visual dan flash.

Kami turut menyediakan perkhidmatan daftar nama domain dan "web hosting". "Web Hosting" kami ditempatkan di Heitech Padu dengan bandwidth berkelajuan tinggi dimana kegagalan server adalah 00.01%.

Promosi Khas Untuk PPK

  • Harga mengikut kawasan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)
  • Sekurang- kurangnya 2 sebut harga dari syarikat tempatan
  • 3 kali penyelenggaraan website setahun

Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut dan untuk tempahan.

Perkidmatan Penyenggaraan Tahunan Sistem (AMS)

Peladang Heitech (PHT) menawarkan Pelan Perkhidmatan Penyenggaran Tahunan (AMS) bagi Sistem Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP) serta Perkhidmatan Coaching bagi SBPKP dan SPPP setelah tamat tempoh jaminan dan tempoh penyenggaraan awal percuma (IMP) selama 12 bulan.

Perkhidmatan Penyenggaran Tahunan atau ‘Annual Maintenance Service’ (AMS) berlaku apabila produk yang ditawarkan oleh PHT telah tamat tempoh waranti dan tempoh penyenggaraan awal(IMP). Perkhidmatan ini selalunya dibayar sebanyak 20% daripada harga produk yang dijual dalam masa setahun. Dengan bayaran sebanyak RM16/hari kerja. pengguna sistem  PHT akan mendapat hak untuk menaiktaraf SBPKP dan SPPP kepada versi yang lebih terkini. PHT juga menyediakan perkhidmatan menyelesaikan masalah pengguna  secara online melalui SKYPE dan khidmat senggaraan Sistem di dalam Server secara remote jarak jauh. Setiap kalai kami akan memasuki ke server kami akan mendapatkan keizinan bertulis melalui Skype dari pegawai tanggungjawab Pengguna Sistem di PPK. Semua rekod perkhidmatan akan di rekod dan di cetak edarkan kepada pihak pihak penyelia di LPP, KADA, MADA dan Jabatan Pertania Sarawak setiap enam bulan sekali. Bagi PPK , bayaran tahunan AMS ini dibiayai oleh oleh Agensi Pembanugan masing masing.

Tempoh Penyenggaran Awal atau ‘Initial maintenance Period’ (IMP) pula merupakan penyenggaran sistem sistem yang baru di pasang ke server pelanggan dan biasanya di berikan secara percuma oleh Unit Sistem PHT. Biasanya tempoh IMP adalah selama 6 bulan ke 12 bulan selepas tarikh pemasangan sistem.

 

 


Tarikh Akhir Kemaskini : 03 Aug 2010
   
 
 
Hit Untuk Halaman ini : 822 | Kembali ke atas
 
 



 
 
 
Permodalan Peladang Berhad
291285-V
 
This site best viewed with Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera and Safari @ 1024 x 768 screen size.
Copyright © 2009 Peladang HeiTech Sdn. Bhd.. All right reserved.