Pemegang Saham Utama Peladang HeiTech
PERMODALAN PELADANG BERHAD (PPB) - 51.5%
Permodalan Peladang Berhad (PPB) telah diperbadankan pada 3 Mac 1994 dan kini mempunyai modal berbayar sebanyak RM5.9 juta. PPB adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang diperbadankan untuk membolehkan semua Pertubuhan Peladang (PP) menyertai usaha yang menjurus kepada keuntungan. Antara fokus utama syarikat masa kini adalah di dalam bidang pengurusan dana, teknologi maklumat dan perlindungan insuran secara islam iaitu Takaful. Ini adalah bertujuan untuk melengkapi aktiviti perniagaan khusus di dalam bidang pertanian untuk kumpulan peladang seluruh Malaysia.
HEITECH PADU BERHAD - 39%
HeiTech Padu Berhad telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1994 sebagai syarikat Sendirian Berhad di bawah nama PNB Training and Resort Management Sdn. Bhd. Pada 27 Mac 1995, Syarikat telah menukar nama kepada PNB information Technologies Sdn. Bhd. Selaras dengan MBO pada 31 Disember 1997. Syarikat menukar namanya kepada HeiTech Padu Sdn. Bhd. Pada 31 Mei 1999. Syarikat kemudiannya telah ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 24 Mac 2000, dan semenjak itu menggunakan nama semasanya.
Syarikat secara utamanya terlibat dalam pembekalan penyelesaian perniagaan menyeluruh dalam IT, yang mana termasuk sistem penyepaduan, pembangunan aplikasi, pengurusan pusat data, perangkaian dan perkhidmatan pemulihan perniagaan. Syarikat mempunyai 13 buah anak syarikat dan ianya telah disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur 23 Oktober 2000.
PERTUBUHAN PELADANG (PP) - 9.5%
Sejumlah 4 buah PPK dan 1 buah PPN memiliki 9.5% ekuiti pemegang saham syarikat ini :
1. Pertubuhan Peladang Negeri Pahang
2. Pertubuhan Peladang Kawasan Lenggeng
3. Pertubuhan Peladang Johor Bahru Selatan
4. Pertubuhan Peladang Kuala Selangor
5. Pertubuhan Peladang Kawasan Dengkil
Struktur Modal PHT
MODAL DIBENARKAN
Bil. Saham Jumlah
5,000,000 RM5,000,000.00
(Bil. Saham RM1/sesaham)
MODAL BERBAYAR
Bil. Saham Jumlah
3,000,000 RM3,000,000.00
(Bil. Saham RM1/sesaham)
Pemegang Saham Utama Permodalan Peladang Berhad
|
|
Peratus
|
| NAFAS |
| 13 PPN |
| 198 PPK |
| JUMLAH |
|
|