Kos keseluruhan dalam tempoh pembangunan sistem 10 aplikasi komputer dalam tempoh 7 tahun (2001-2007) adalah di dalam lingkungan RM 8 juta. ianya yang meliputi :
1. Bantuan teknikal lepas jualan (Help Desk)
2. Latihan berjadual kepada pengguna
3. Peningkatan perisian
4. Kemudahan Server On-Line di HeiTech Padu Berhad
Pendapatan yang dijangka diperolehi oleh Syarikat melalui kegiatan dalam tempoh 5 tahun (2003-2007) adalah di dalam lingkungan RM20 juta.
Jualan serta pemasangan 10 aplikasi komputer kepada 282 buah PPK/PPN dalam tempoh 2 tahun (2006-2007)
Latihan bersiri kepada pengguna sistem yang terdiri daripada kakitangan PPK(1000 orang) dan LPP negeri (100 orang)
Penjualan perkakasan komputer, pemasangan kabel di 282 PPK/PPN dan LPP Ibu Pejabat dan Negeri (13 buah)
Pulangan Pelaburan (ROI)
Dalam tempoh empat(4) tahun pertama Peladang Heitech mensasarkan pulangan di atas pelaburan (ROI) di antara 6% - 8% setahun di atas jumlah pelaburan. Bagi tahun kelima ke atas, pihak syarikat akan menceburi pasaran luar Pertubuhan Peladang dan LPP seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan agensi-agensi di bawah mereka. Maka dijangkakan pulangan pelaburan akan meningkat memandangkan kos pembangunan awal sistem telah dibiayai.
RANCANGAN, STRATEGI DAN MASA DEPAN
Pembangunan Perniagaan dan Rancangan Masa Depan PHT
Melihat kepada peluang pasaran yang meluas dengan fokus untuk terlebih dahulu menguasai pasaran di seluruh Pertubuhan Peladang (PP), syarikat amat berpandangan jauh untuk memulakan langkah di bidang teknologi maklumat (IT) dengan mengadakan perkongsian bijak dengan sebuah syarikat sebagai rakan kongsi. Syarikat tersebut ialah HeiTech Padu Bhd. yang telah terbukti dengan kepakarannya sebagai pengusaha utama dalam membekalkan penyelesaian sehenti yang mudah digunakan kepada perniagaan yang memanfaatkan peluang-peluang internet dan IT.
Keutamaan kepada penyeragaman sistem secara menyeluruh di semua PP ini adalah juga menjadi wawasan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pendaftar dan badan kerajaan yang berfungsi untuk memastikan kejayaan di dalam bidang perniagaan dan sosial yang di laksanakan oleh semua PPK.
Syarikat akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki produk dan perkhidmatannya agar “up to-date” untuk menyahut cabaran masa depan dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Berikut adalah rancangan masa depan Peladang HeiTech Sdn. Bhd:
1. Membangunkan prasarana ICT di seluruh pejabat Pertubuhan Peladang, LPP Negeri dan LPP Ibu Pejabat sehingg ke unit-unit Pertubuhan Peladang.
2. Menyediakan latihan IT (sistem aplikasi dan perisian) kepada warga Pertubuhan Peladang dan LPP.
3. Memasarkan sistem aplikasi yang serupa kepada lain-lain agensi di bawah Kementerian Pertanian, Khususnya, LKIM dan lain-lain agensi diluar Kementerian Pertanian seperti FELCRA, RISDA dan koperasi-koperasi di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi.
4. Membangunkan aplikasi-aplikasi baru yang boleh dipasarkan kepada sektor luarbandar khususnya yang melibatkan masyarakat luarbandar.
5. Membangunkan aplikasi-aplikasi yang boleh meningkatkan penggunaan teknologi baru di dalam usaha pertanian, penternakan dan perikanan.
Prospek Syarikat
Peladang HeiTech akan terus mengutamakan kelebihannya di dalam pasaran yang mana “niche market” syarikat adalah terhadap masyarakat peladang dan seterusnya lain-lain keadaan pengurusan yang berkaitan dengan pertanian, perladangan, perikanan dan pembangunan tanah, seperti LKIM, RISDA, FELCRA dan koperasi-koperasi. Dengan itu syarikat akan seharusnya berupaya mengekalkan pertubuhan yang kukuh dalam segment IT iaitu dibidang yang dinyatakan terdahulu dan akan mempunyai potensi untuk terus menerajui perkembangan ini secara lebih mantap dimasa-masa akan datang.
Syarikat amat komited dan serius di dalam memastikan kejayaan syarikat untuk berperanan sebagai pendahulu pasaran di dalam segmen IT ini khususnya di dalam sektor koperasi (berasaskan dan bukan berasaskan pertanian). Syarikat akan memberi perkhidmatan penyelesaian perniagaan secara menyeluruh kepada pengguna-pengguna sistem ini tanpa mengenepikan objektif operasi syarikat iaitu untuk mengekalkan keberuntungan di dalam setiap usaha yang dijalankan.